fbpx

Agnez Mo, Ariel Noah bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGNEZ Mo dan Ariel Noah.

Penyanyi Agnez Mo memang terkenal sebagai wanita solo yang selesa tanpa didampingi mana-mana jejaka.

Agnez bagaimanapun baru-baru ini meluahkan perasaan sayang terhadap seseorang dan rata-rata netizen membuat andaian selebriti Indonesia itu dilamun cinta.

“Awak, saya suka bagaimana awak membuatkan saya tersenyum seperti tiada orang yang mampu lakukan,” tulis Agnez dalam laman sosial miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Matahari kelihatan sangat ceria dan berseri-seri.

Netizen pula berspekulasi lelaki yang berjaya memiliki cinta Agnez ialah Ariel Noah dan mereka juga mendoakan agar pasangan itu bertemu jodoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI