fbpx

Penghulu Terbak bawa kaum Melayu berubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Penghulu Mukim Terbak di sini mengakui ramai dalam kalangan pesakit bomoh Siam terdiri daripada orang Melayu.

Menurut Cham Roen, 54, dia sendiri pernah membawa ramai orang Melayu yang datang dari luar Kelantan untuk bertemu dengan Lung Chan dan seorang lagi bomoh.

“Setiap perkampungan ma­syarakat Siam di daerah ini pasti ada bomoh.

“Bagi masyarakat Siam, bomoh ini perlu dalam setiap kampung kerana mereka menjadi tempat untuk mendapatkan ra­watan tradisional,” katanya.

Menurut Roen, selain me­ngubat, bomoh Siam menjadi tempat rujukan masyarakat ­beragama Buddha untuk menentukan tarikh peristiwa penting seperti perkahwinan dan ma­suk ke rumah baharu.

“Orang Siam akan mendapatkan nasihat bomoh untuk tujuan itu,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, ba­gi kebanyakan orang Melayu, mereka mempercayai aspek lain dan ia tidak sama dengan kepercayaan masyarakat Siam sendiri.

“Bagi orang Melayu, mereka ­inginkan permintaan lain daripada kepercayaan kami. Orang Siam sendiri jarang meminta bomoh untuk memulihkan hubu­ngan rumah tangga, minyak pe­ngasih dan menyerikan wajah.

“Bagi yang beragama Buddha, selepas bertemu dengan bomoh Siam, kami akan bertemu dengan sami di kuil,” katanya.

Roen

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN