fbpx

Malaysia mungkin hantar jemaah haji musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (tiga dari kanan) melakukan gimik pelancaran pelepasan misi bantuan barangan makanan asas kepada 1,300 keluarga terjejas akibat banjir di Jerantut, Pahang di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Malaysia berkemungkinan besar akan menghantar jemaah haji menunaikan ibadah fardu itu pada tahun ini bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan perincian lebih lanjut dalam masa terdekat.

“Saya sendiri memang bercita-cita dan berhasrat untuk pergi ke Arab Saudi melihat pelbagai isu terutamanya ibadah umrah dan haji tahun ini.

“Dalam beberapa hari lagi, saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi kerana buat masa ini kita dalam proses mengadakan perbincangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan misi bantuan barangan makanan asas kepada 1,300 keluarga terjejas akibat banjir di Jerantut, Pahang di Putrajaya hari ini

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tabung Haji (TH) semalam yang memaklumkan kira-kira 31,600 bakal jemaah haji yang sepatutnya menunaikan ibadah fardu itu musim lalu ditawarkan semula mengikuti Kursus Asas Haji (KAH) musim 1442H/2021M.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI