fbpx

Kanak-kanak 7 tahun maut didera ibu, bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEMPAT kejadian di rumah ibu bapa mangsa.

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada tubuh badan dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, di Krubong Jaya, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, kematian mangsa telah dilaporkan oleh bapa tirinya, namun mendakwa kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat lemas di dalam tong air di rumah mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, sepasukan polis telah ke lokasi dan pemeriksaan pada tubuh badan mangsa menemui beberapa kesan kecederaan akibat didera.

“Bilik Gerakan (DCC) Melaka Tengah menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira pukul 4 petang memaklumkan anak lelakinya telah mati lemas di dalam tong air di rumahnya.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dan pemeriksaan lanjut pada fizikal badannya terdapat kesan lebam serta kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah, manakala kedua-dua ibu dan bapa tiri mangsa berusia 32 dan 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, pihaknya akan membuat permohonan reman di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI