fbpx

11 dalang sindiket pelaburan tidak wujud ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian barangan yang dirampas dalam serbuan tersebut.

PETALING JAYA – Seramai 11 orang individu ditahan polis selepas dipercayai terlibat dengan penipuan pelaburan atas talian tidak wujud semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi , Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah membuat serbuan di lima buah premis yang terletak di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

“Dalam operasi ini seramai 11 orang suspek telah berjaya ditangkap iaitu enam lelaki dan empat wanita warga China serta seorang wanita Indonesia berusia dalam lingkungan 23 hingga 47 tahun.

“Pihak polis telah berjaya merampas 26 buah telefon bimbit pelbagai jenama, Mac Book (dua), modem (tiga), kad ATM pelbagai bank (10), bag berjenama (lima),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Turut dirampas ialah wang tunai RM 53,678 serta beberapa matawang asing seperti dolar Amerika Syarikat $85 (RM343.61), riel Kemboja 1,300 (RM1.30) serta 1,840 yuan (RM1,153.85).

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat di dalam kegiatan penipuan atas talian atau pelaburan tidak wujud.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula pada 30 Januari hingga 2 Februari 2021.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak terpedaya dengan panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan sebegini,” katanya.

Mohamad Faizal turut menasihatkan agar orang ramai sentiasa menjaga keselamatan maklumat peribadi dan hadkan perkongsian maklumat tersebut di laman sosial supaya tidak disalahgunakan oleh penjenayah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI