fbpx

7.4 tan biji benih sayur dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biji benih pelbagai jenis sayur dirampas Maqis di NBCT, Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita kira-kira 7.4 tan biji benih pelbagai jenis sayur semasa melakukan pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth di sini semalam.

Rampasan kira-kira pukul 5.20 petang itu dibuat selepas sebuah kontena didapati membawa produk berkenaan tanpa permit import yang dikeluarkan Maqis.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, pemeriksaan rutin pihaknya itu menemui beberapa jenis biji benih yang dibawa dari China seberat 7,407 kilogram (kg) dan bernilai lebih RM175,700.

“Kita menahan 1,595 kg biji benih kubis Cina bernilai RM29,939.25 kerana tidak mempunyai dokumen import permit yang sah.

“Hasil pemeriksaan pada kontena sama, kita turut mengesan kira-kira 5,812 kg biji benih lain seperti timun, terung, lobak putih dan kailan yang dianggarkan bernilai RM145,785.71,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menuru Zarina, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen 11(1) dan Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI