fbpx

PGA rampas rokok, arak seludup bernilai RM28,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditahan bersama pelbagai rampasan bernilai RM28,000 dalam serbuan di Jalan Rotan Lumpit, Masai, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas 123 karton rokok, lima kartun arak dan tujuh botol arak seludup pelbagai jenama bernilai RM28,000 di Jalan Rotan Lumpit, Masai di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta pada pukul 10.45 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui rokok dan arak seludup pelbagai jenama yang tidak ada cukai kastam dalam kereta berkenaan.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM28,000. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI