fbpx

Kami juga berbakat, diiktiraf produksi Hollywood – Nadia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIA

PETALING JAYA – Pelakon Nadia Brian meminta orang ramai berhenti melabelkan artis Malaysia dengan gelaran ‘sampah’ hanya kerana mereka tidak melebarkan sayap lakonan ke peringkat antarabangsa.

Pelakon yang popular dengan drama Titian Takdir berkata, ada pelakon tempatan yang menerima tawaran daripada produksi Hollywood tetapi terpaksa menolaknya atas sebab tertentu.

Nadia berkata, dia juga terpaksa menolak tawaran melakonkan watak utama dalam drama 12 episod terbitan sebuah produksi Hollywood kerana memerlukannya berbogel dan melakukan babak ranjang.

“Semudah itu saya tolak. Sebab itu saya marah kalau orang cakap pelakon di Malaysia hanya sampai situ sahaja.

“Hello, ada juga pelakon Malaysia dapat tawaran daripada Hollywood tetapi kami tak boleh buat atas sebab-sebab (adegan panas) macam itulah,” luahnya dalam InstaStorynya kelmarin.

Berikutan itu, Nadia mahu semua pihak membuang stigma bahawa pelakon tempatan kononnya tidak berkaliber kerana tidak mendapat tawaran berlakon dengan produksi antarabangsa.

Malah, dia juga meluahkan rasa kurang senang apabila ramai yang memperlekehkan kualiti pelakon tempatan yang bakat untuk pasaran Malaysia sahaja.

“Tidak mengapa, saya tolak (tawaran belakon) kerana saya percaya dengan rezeki Allah.

“Jadi, mulai sekarang sudah boleh berhenti gelar artis Malaysia dengan gelaran ‘sampah’ atau ‘artis Malaysia tidak ke mana,” ujarnya.

Mengulas lanjut, pelakon yang pernah membintangi filem Ratu Kala Jengking itu tidak menyalahkan produksi Hollywood kerana babak panas merupakan satu kebiasaan di sana.

Terdahulu, menerusi sebuah laporan akhbar pada 24 Januari lalu, Nadia mendedahkan dia menolak tawaran berlakon dalam sebuah drama Hollywood yang sepatutnya memulakan penggambaran pada bulan ini kerana perlu melakukan aksi keterlaluan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI