fbpx

AirAsia X kesan mesej penipuan di WhatsApp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – AirAsia X mengesan terdapat mesej penipuan melalui aplikasi WhatsApp melibatkan AirAsia X atau syarikat berkaitannya yang meminta penerima membuat bayaran ke dalam akaun dikatakan milik sebuah syarikat pengurusan kredit.

Menerusi kenyataan akhbar AirAsia X, pihaknya memberi amaran kepada orang awam berhubung mesej penipuan tersebut sekali gus supaya mereka berwaspada.

“Kami ingin menjelaskan dan menasihatkan orang awam untuk tidak berkongsi sebarang maklumat sulit kepada sesiapa sahaja melalui sebarang mesej atau panggilan telefon yang mungkin diterima daripada AirAsia X Berhad.

“AirAsia X ingin menekankan, syarikat dan kakitangannya sama sekali tidak mempunyai penglibatan dengan amalan penipuan ini dan tidak pernah melakukan permintaan sedemikian,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, AirAsia X menjelaskan, pihaknya tidak berkomunikasi dengan tetamunya melalui mana-mana aplikasi sembang seperti WhatsApp.

“Semua pengumuman rasmi AirAsia X akan diumumkan di laman rasmi kumpulan airasia melalui media sosial dan media massa.

“AirAsia X tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menggunakan jenama AirAsia X atau airasia untuk melakukan penipuan atau kecurian identiti,” katanya.

Mengulas lanjut, sekiranya terdapat keraguan, orang awam boleh melaporkan penipuan yang disyaki menggunakan jenama AirAsia X dan airasia melalui saluran komunikasi rasmi seperti twitter www.twitter.com/airasia, Instagram www.instagram.com/airasia serta Facebook www.facebook.com/airasia.

Orang ramai diingatkan, AirAsia X tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berikutan penipuan yang tidak melibatkan kakitangan rasmi syarikat. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI