fbpx

Tingkat empat bangunan kosong terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tingkat empat bangunan wisma kosong di Bukit Mertajam dijilat api hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebuah bangunan tidak berpenghuni di Jalan Kulim, Kampung Baru, Bukit Mertajam di sini terlibat kebakaran hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu membabitkan tingkat empat bangunan Wisma Muniandy Pillai yang dibiarkan kosong.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kebakaran hanya membabitkan ruang bangunan di tingkat paling atas.

“Bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati kebakaran bangunan empat tingkat tidak berpenghuni melibatkan struktur di tingkat empat berkeluasan kira-kira 2,400 kaki persegi.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah 90 peratus yang termasuk struktur bumbung,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI