fbpx

Van rempuh kedai stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dalam kedai serbaneka yang dirempuh sebuah van dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Batu 6 Lekir malam tadi.

LUMUT – Pengunjung kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Batu 6 Lekir dekat sini tergamam apabila sebuah van merempuh dinding cermin premis tersebut malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, seorang lelaki berusia 18 tahun baru selesai mengisi minyak kenderaannya sebelum tertekan pedal minyak lalu hilang kawalan dan melanggar dinding cermin premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, ketika kejadian terdapat beberapa orang pelanggan di dalam kedai serbaneka pam minyak itu namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kerosakan yang berlaku pada dinding cermin kedai dan tidak melibatkan kenderaan lain serta tiada kecederaan ke atas individu di dalam premis tersebut,” katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing ke atas pemandu van jenis Toyota Hiace tersebut mendapati hasilnya negatif.

Menurut beliau, kes itu disiasat di siasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan lelaki tersebut disaman kerana tidak memiliki lesen memandu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI