fbpx

Misi getir hidup mati Todak pada hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Todak akan bertarung dengan pasukan tuan rumah, EVOS SG pada Kejohanan Dunia M2 Mobile Legends di Singapura hari ini.

WAKIL tunggal negara, Todak sudah bersedia ‘melanggar’ lawan dari Singapura, EVOS SG menjelang pertembungan hidup dan mati di pusingan lower bracket pada Kejohanan Dunia M2 Mobile Legends yang dianjurkan secara tertutup di Singapura hari ini.

Juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia/Si­ngapura (MY/SG) musim keenam itu gagal menepati ramalan mara ke upper bracket sebagai pemenang Kumpulan B apabila
menduduki tangga kedua di belakang jaguh Filipina, Omega Esports.

Bagaimanapun, pengurus pa­sukan, Mohd. Syazlan Mohd. Rosdi atau lebih dikenali sebagai Ashi, menyifatkan kesemua pemain Todak sudah mengenal pasti kelemahan dan merencana strategi terbaik dalam misi menewaskan EVOS SG hari ini.

“Kami gagal kawal tempo dan dilihat agak bergelut pada awal permainan kerana terpaksa mengorbankan salah seorang pemain. Namun, kami akan cuba baiki dengan keseimbangan yang telah kami tetapkan supaya tempo permainan konsisten sehingga tamat permainan.

“Saya akui saingan peringkat kumpulan sebelum ini sangat sukar. Kami tidak menyimpan apa-apa rahsia dan akan berikan prestasi lebih baik selepas sudah mengenal pasti kelemahan sewaktu kami tewas kepada Omega di peringkat kumpulan.

“Kami akan memulakan saingan playoff di lower bracket. Namun, kami akan cuba beri yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas (Kejohanan Dunia) M2 ini,” katanya pada sidang akhbar secara dalam talian semalam.

Todak pastinya menurunkan lima pemain terbaik untuk aksi menentang EVOS SG diketuai Muhammad Danial Mohamad Fuad (Ciku), Wan Usman Wan Imran (4Meyz), Mohamad Aiman Idris (Xray), Muhammad Rizwan Abdullah (Eone) dan Zikry Shamsuddin (Moon).

Bagaimanapun, Todak tidak menolak kemungkinan akan mempertaruhkan keupayaan pemain simpanan, Zairul Hazim Zailani (Stoo) dalam pertandingan yang akan disiarkan secara penstriman langsung di Facebook Mobile Legends Esports pada pukul 2 petang hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI