fbpx

Enam individu dicari bantu siasatan kes kerugian hampir RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam inidvidu kini dicari polis bagi membantu siasatan kes Macau Scam membabitkan kerugian hampir RM2 juta.

SEREMBAN – Polis mencari enam individu bagi membantu siasatan kes penipuan Macau Scam membabitkan kerugian hampir RM2 juta yang dilaporkan pada 23 Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd. Ghani berkata, enam individu yang dicari itu ialah Siti Faizatul Husna Azman, 28, beralamat di Flat Sri Tioman 2, Kuala Lumpur; Bong Hann Hwa, 33, beralamat di Jalan Tiram Beladau, Ulu Tiram, Johor; dan Mohd Haniff Budiman Shabri, 32, beralamat di Jalan Hang Lekiu Dawani, Senai Johor.

Menurutnya, tiga individu lagi ialah Oh Chiew Mei, 43, beralamat di Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor; Mohd. Arif Palili, 41, beralamat di Jalan Labuk, Sandakan, Sabah dan Mohd. Hafiz Izuan Suhaimi, 27, beralamat di Larkin Perdana, Johor Bahru.

“Kesemua individu ini diperlukan bagi membantu siasatan kes membabitkan seorang wanita warga emas berusia 66 tahun yang telah ditipu oleh sindiket Macau Scam melibatkan kerugian sebanyak RM 1,824,714.83 di Lukut, Port Dickson.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Aibee berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung enam individu berkenaan boleh menghubungi pihak polis.

Malah menurutnya, individu-individu yang disenaraikan juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat Inspektor M. Muraly di talian 016-7839535 atau 06-6472222 bagi membantu siasatan.

Untuk rekod, mangsa telah menerima panggilan dari seorang lelaki pada 28 Oktober melalui nombor telefon 017 2605149 memperkenalkan diri sebagai Sarjan Albert Lai mendakwa dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuantan Pahang memberitahu pengadu terlibat dengan kes penipuan dan pengubahan wang haram.

Menurutnya, pada 31 Oktober, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya Inspektor Yong dari Bukit Aman yang meminta butiran maklumat akaun simpanan milik mangsa.

Dalam tempoh berurusan bermula dari 6 sehingga 26 November, sebanyak 103 transaksi melibatkan lapan akaun bank berbeza serta 45 kali pengeluaran wang secara tunai menggunakan kad ATM milik mangsa dilakukan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI