fbpx

Diva AA dipanggil ke Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZWAN ALI

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengesahkan pihaknya telah memangil Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA bagi membantu siasatan berhubung satu klip video yang memperlekehkan proklamasi diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah JSJ, Datuk Huzir Mohamed berkata, klip video berdurasi 41 saat itu telah ditularkan di laman Facebook oleh pemilik akaun yang dikenali sebagai Zai Mikail 12 Januari lalu.

“Siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), JSJ Bukit Aman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Huzir, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut.

Katanya, orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform tersebut sehingga boleh mendatangkan kegetaran awam serta menganggu gugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI