fbpx

Jepun tetap anjur temasya Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUGA mengumumkan bahawa Sukan Olimpik di Tokyo akan diteruskan biarpun pandemik Covid-19 masih menular hebat ketika ini. – AFP

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga dilihat memberi lampu hijau untuk membenarkan penganjuran temasya Sukan Olimpik Tokyo diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan meskipun jumlah jangkitan Covid-19 di negara itu semakin meningkat.

Suga menjelaskan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual pada 23 Julai hingga 8 Ogos penting untuk membuktikan bahawa manusia telah me­raih kemenangan melawan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, cadangan Suga mendapat tentangan hebat rakyatnya apabila jumlah jangkitan Covid-19 di negara itu dilihat semakin meningkat sekali gus menyaksikan Jepun mengisytihar darurat di Tokyo susulan gelombang ketiga jangkitan virus pembunuh tersebut.

Tinjauan sebelum ini mendapati hampir 80 peratus rakyat Jepun percaya Sukan Olimpik yang ditunda sebelum ini perlu ditangguh sekali lagi atau dibatalkan sahaja.

“Kami akan menerapkan langkah-langkah anti jangkitan sepenuhnya dan meneruskan persiapan untuk memastikan Sukan Olimpik dapat memenuhi harapan untuk diteruskan,” kata Suga.

Keadaan Jepun sebelum ini agak baik jika di bandingkan dengan negara-negara maju, namun gelombang ketiga pandemik tersebut mencetus kebimbangan hingga darurat terpaksa diisytiharkan di beberapa bandar besar.

Presiden Jawatankuasa ­Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach sependapat dan berharap Sukan Olimpik dapat diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan sebelum ini.
Hanya 6,000 atlet dijangka tiba menjelang aksi pembukaan berbanding 11,000 keseluruhan melibatkan 200 negara yang bertanding. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI