fbpx

Impian Juventus, Pirlo makin sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIRLO mengkritik persembahan buruk dipamerkan oleh pemainnya ketika tewas 0-2 kepada Inter awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Harapan jaguh Itali, Juventus untuk memburu gelaran Scudetto buat kali ke-10 berturut-turut musim ini semakin sulit selepas tewas 0-2 kepada pencabar utama, Inter Milan pada aksi Serie A di Stadium San Siro awal pagi semalam.

Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo mengkritik persembahan anak-anak buahnya dalam perlawanan itu yang kini menyaksikan The Old Lady kekal menghuni tangga kelima dan kini ketinggalan tujuh mata dengan Inter di tempat kedua.

“Ia satu kekalahan yang memalukan. Kami tidak sepatutnya beraksi buruk dan segalanya serba tidak menjadi dari mula hingga tamat perlawanan.

“Kami seolah-olah takut dengan corak serangan yang ditampilkan Inter. Kami seperti turun bermain secara bertahan dan menunggu Inter melakukan percubaan demi percubaan.

“Disebabkan itu, kami gagal memanfaatkan kualiti individu yang mungkin boleh digunakan untuk memenangi perlawanan,” katanya.

Dua gol Inter dalam perlawanan itu diperoleh menerusi ­jaringan Arturo Vidal dan Nicolo Barella masing-masing pada minit ke-12 serta 52.

Justeru, Pirlo berharap barisan pemainnya dapat bangkit mengubah situasi daripada bertukar menjadi lebih keruh menentang satu lagi pasukan handalan Serie A iaitu Napoli pada aksi Piala Super Itali di Stadium MAPEI awal pagi Khamis ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI