fbpx

3,339 kes baharu, tujuh kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,339 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 158,434 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 15 kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,324 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 37,782 kes.

“Tujuh kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 601 kes.

“Selain itu, sebanyak 2,676 kes sembuh turut dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 120,051 kes,” katanya menerusi ciapan Twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 240 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 93 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI