fbpx

Pejabat Perdana Menteri nafi berita pembinaan dewan bernilai RM35.43 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

PETALING JAYA – Pejabat Perdana Menteri menafikan berita yang tular di media sosial mengenai pembinaan dewan di kawasan Parlimen Pagoh bernilai RM35.43 juta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, peruntukan pembangunan tersebut untuk pembinaan tiga buah dewan orang ramai.

“Antaranya ialah Dewan Gersik, Tangkak, bernilai RM13 juta, Dewan Masyarakat Bukit Pasir, Muar, bernilai RM16.66 juta dan Pusat Komuniti Bukit Kepong, Muar, bernilai RM5.77 juta.

“Peruntukan pembangunan ini bukan untuk pembinaan sebuah dewan seperti tular di media sosial, tetapi bagi membina tiga buah dewan orang ramai untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, perolehan untuk kesemua projek terbabit, bukan secara rundingan tetapi mengikut tatacara perolehan secara tender yang diluluskan Kementerian Kewangan.

“Dakwaan seperti yang ditularkan adalah tidak berniat jahat dan Pejabat Perdana Menteri merasa kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini,” ujar kenyataan itu.

Hari ini, tular di media sosial, laporan mendakwa, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan peruntukan sebanyak RM35 juta bagi projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI