fbpx

SUV JPJ kemek dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN SUV JPJ yang kemek bahagian belakang akibat dirempuh lori dalam kejadian di Sepang, Selasa lalu.

SEPANG – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor dirempuh oleh sebuah lori dalam kejadian yang berlaku di Jalan Baru Dengkil/ Salak Tinggi menghala ke Persiaran Sunsuria di sini, Selasa lalu.

Akibat rempuhan itu, kenderaan SUV jenis Toyota Fortuner JPJ terbabit mengalami kerosakan pada bahagian belakang sementara lori jenis Tipper Dumper mengalami kerosakan di bahagian bumper hadapan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan jalan raya  yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu, melibatkan kenderaan JPJ Selangor yang dipandu seorang lelaki Melayu berusia 28 tahun yang merupakan penguat kuasa JPJ dengan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki Melayu berusia 34 tahun.

Beliau berkata, siasatan mendapati, sebelum kejadian berlaku, penguat kuasa JPJ itu sedang melakukan rondaan di kawasan Gamuda Cove bersama unit operasi loading.

“Bagaimanapun, semasa melakukan rondaan, didapati terdapat sebuah lori dalam keadaan mencurigakan yang dipercayai membawa lebihan muatan.

“Susulan itu, penguat kuasa JPJ mengekori lori terbabit dan telah memasang lampu mata arah sebagai arahan untuk lori tersebut berhenti.

“Namun, setibanya di Persiaran Sunsuria, pemandu lori bertindak memberhentikan kenderaan sebelum melompat keluar daripada lori terbabit tanpa menarik brek tangan.

“Lori yang ditahan kemudiannya menggelongsor perlahan-lahan lalu melanggar bahagian belakang kenderaan SUV JPJ itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Kamarul berkata, semasa rempuhan itu berlaku, pemandu di dalam kenderaan SUV tidak berada dalam kenderaan terbabit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI