fbpx

Lelaki didakwa jalin hubungan sulit dilarikan sekumpulan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN seorang lelaki dilarikan tiga lelaki di Jalan Sungai Nyior, Butterworth semalam yang dirakam pengguna jalan raya.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila bukan saja dilarikan, malah dipukul sekumpulan tiga lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Nyior, Butterworth di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.38 petang itu, mangsa berusia 38 tahun dilihat keluar daripada kenderaan jenis Proton Wira dan menjerit meminta tolong sebelum dikejar dua suspek.

Mangsa yang ditangkap suspek kemudiannya ditolak masuk semula ke dalam kereta yang kemudiannya beredar ke arah Jalan Siram.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd Noor berkata, seorang saksi yang berjaya menangkap gambar berhubung kejadian terbabit tampil membuat laporan polis.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, polis melakukan beberapa serbuan dan berjaya menahan ketiga-tiga suspek di sebuah pangsapuri kos rendah di Mak Mandin, Butterworth pada pukul 11.30 malam hari yang sama.

“Mangsa turut ditemui di lokasi sama dalam keadaan berikat dan mengalami kecederaan pada kepala dan lebam akibat dipukul.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri salah seorang suspek selain turut meminjam wang wanita terbabit sebanyak RM2,300,” katanya. -K! ONLINE

Ketiga-tiga suspek akan direman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI