fbpx

Sanggup membujang demi dua kakak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazarudin (kiri) bersama kakaknya, Siti Haznah (tengah) dan Azmah di rumahnya di Kampung Parit Tengah, Benut, Pontian.

PONTIAN – Demi kasih kepada dua orang kakaknya, seorang adik lelaki terpaksa mengetepikan keinginan untuk berumah tangga kerana bimbang bakal isteri tidak dapat menerima kekurangan yang ada dalam keluarganya.

Nazarudin Rugani, 43, ber­kata, sebagai lelaki, dia memang berkeinginan untuk berkeluarga serta mempunyai anak, namun keutamaannya ketika ini adalah menjaga dua orang kakaknya iaitu Siti Hazanah, 55, yang juga orang kelainan upaya (OKU) dan Azmah, 47, yang menghidap pe­nyakit sawan.

Katanya, sebagai anak bongsu daripada lapan beradik, dia menjaga amanah arwah ibu, Saparah Alias yang mahukannya menunaikan janji untuk menjaga ke­dua-dua kakaknya itu.

“Empat adik-beradik saya telah meninggal dunia, kakak sulung, Legiyah Rugani, 66, tinggal di Kampung Parit Seraya, Benut dan sebagai adik bongsu saya diberikan tanggungjawab menjaga mereka berdua,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Parit Tengah, Benut, baru-baru ini.

Tambah Nazarudin, bagi penyediaan makanan tengah hari, anak saudarnya yang tinggal di Kampung Parit Seraya akan menghantar makanan ke rumah pada setiap hari bagi keperluan Siti Hazanah dan Azmah.

“Bagi makan malam pula, saya akan memasak secara ala kadar jika makanan yang dihantar pada siang hari sudah habis,” jelasnya.

Katanya, Siti Hasnah merupakan penerima bantuan OKU sebanyak RM250 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala Azmah tidak layak menerima sebarang bantuan buat masa ini.

Bagi menampung kehidupan seharian, Nazaruddin bekerja mengambil upah memetik buah kelapa sawit dengan pendapatan kira-kira RM500 sebulan selain mempunyai kebun kelapa sawit sendiri yang terletak di belakang rumahnya.

Ditanya mengenai jodohnya, Nazarudin mengharapkan agar bakal isterinya kelak boleh mene­rima kehadiran dua kakaknya.

“Mungkin belum ada jodoh tetapi jika diizinkan Allah, pasa­ngannya saya nanti akan dapat me­nerima bakal kakak ipar yang mempunyai kekurangan,” ujar­nya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Rakyat atas nama Nazarudin iaitu 2239710077274.-K! ONLINERela

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI