fbpx

Mahu perhatian, kecil hati dengan adik punca lari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kanak-kanak yang tular di media sosial baru-baru ini

SHAH ALAM – Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang tular di media sosial selepas mendakwa dihalau dari rumah dikatakan bertindak demikian bagi menarik perhatian ibu bapa­nya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, perkara itu terjawab selepas pihaknya merakam percakapan ibu bapa kanak-kanak tersebut kelmarin.

“Hasil soal siasat, mereka (ibu bapa) membuat kesimpulan kanak-kanak itu perlukan perhatian dan kasih sayang keluarga.

“Anak sulung daripada tiga beradik itu mengadu dia seolah-olah dipinggirkan dan cemburu de­ngan kasih sayang yang dite­rima dua adiknya yang lain,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Artikel berkaitan : Kanak-kanak dakwa didera, dihalau ibu bapa

Ketegasan bapa kanak-kanak itu dalam mendidik menyebabkan mangsa tidak dapat menerima arahan tersebut.

Ramsay memberitahu, bapa kanak-kanak itu memaklumkan dia telah memberikan alat peranti berupa tablet bagi mengembirakan anak sulungnya.

“Justeru itu, tidak wujud unsur dera di dalam kes ini, sebaliknya lebih kepada perasaan kecil hati terhadap kedua-dua ibu bapa­nya,” katanya.

Pada isnin lalu, Kosmo! mela­porkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun nekad untuk menunggang basikal sejauh 25 kilometer ke rumah neneknya di Batu Belah, Klang selepas didakwa sering dimarahi ibu bapanya.

Mengulas lanjut, Ramsay berkata, siasatan masih dijalankan termasuk merekod ketera­ngan jiran keluarga itu bagi melengkap siasatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI