fbpx

Kanak-kanak dakwa didera, dihalau ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik dalam laman instagram faizbm yang menemui seorang kanak-kanak perempuan didakwa didera dan dihalau ibu bapa sendiri.

SHAH ALAM – Tular seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun didakwa dihalau ibu bapanya sendiri ditemui di sekitar jalan raya menuju ke sebuah pasar raya di Setia Alam di sini, semalam.

Kanak-kanak yang menunggang basikal sendirian dan membawa beg galas itu ditemui pukul 3.30 petang oleh sepasang suami isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kawasan berhampiran.

Menurut perkongsian seorang pengguna laman instagram, faizbm berkata, kanak-kanak itu dalam perjalanan menuju ke rumah nenek di Batu Belah, Klang.

Katanya, ketika ditemukan didapati kanak-kanak sedang bersedih sebelum dibawa menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera.

“Kanak-kanak itu menyatakan kerap dimarahi dan didera oleh ibu bapanya sebelum nekad keluar daripada rumahnya di D’Kiara ( Puchong).

“Lebih menyedihkan, ibu bapanya memberikan ‘keizinan’ dan menemankannya turun sehingga keluar bilik pengawal rumah berkenaan,” katanya.
Lelaki itu turut menambah, kanak-kanak perempuan itu juga didakwa dibiarkan mengayuh basikal sendirian.

“Ibu bapa dia sempat berpesan sekiranya dirogol agar tidak menyalahkan mereka.

“Malah, ibu bapa kanak-kanak itu didakwa hanya akan membuat laporan polis sekiranya kehilangan anak,” jelasnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna lain di laman itu termasuk syazleenghz memaklumkan seorang kanak-kanak tidak akan menipu dalam pengakuannya.

“The truly is ( yang sebenarnya) budak-budak tidak pernah menipu dan tidak pandai menipu. So, i know (Jadi saya tahu) dia memang kena dera dengan parents (ibu bapa) dia,” jelasnya.

Selain itu, terdapat juga yang ingin mengetahui sama ada kanak-kanak itu selamat tiba rumah neneknya.

“Sekarang budak ini kat rumah nenek dia ke ? cuma hendak tahu dia selamat sampai sahaja,” kata pengguna Wadawawaa. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI