fbpx

36,000 liter minyak petrol tanpa lesen disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian minyak petrol bersubsidi yang disita oleh pihak KPDNHEP Kelantan dalam serbuan di Lubok Jong, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menyita sebanyak 36,000 liter minyak petrol bersama sebuah lori bernilai RM136,000 dalam serbuan di Lubok Jong di sini semalam.

Ketua Pengawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, serbuan pukul 3 petang itu dilakukan selepas menahan dua individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan bahan api di sekitar Rantau Panjang.

Menurutnya, tangkapan kedua-dua suspek itu dilakukan menerusi operasi bersepadu bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

“Susulan daripada itu, KPDNHEP Kelantan telah berjaya menjejaki pembekal utama barang kawalan tersebut di Lubok Jong.

“Pemeriksaan awal mendapati premis itu menyimpan barang kawalan berjadual iaitu minyak petrol melebihi kuantiti yang dilesenkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azanizam Affendi memberitahu, KPDNHEP masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI