fbpx

Aiman pulang ke pangkuan TSG demi keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AIMAN kembali menyarung jersi TSG untuk lebih dekat dengan keluarga kerana kesihatan orang tuanya.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

FAKTOR keluarga mendorong Raja Bukit pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, Nur Aiman Mohd. Zariff kembali menyarung jersi Terengganu Cycling Team (TSG) pada tahun ini.

Menurut pelumba berusia 24 tahun itu, tempoh tiga musim mewakili Team Sapura Cycling (TSC) sejak tahun 2018 baginya sudah terlalu lama untuk berjauhan dengan keluarga.

“Hasrat balik ke Terengganu adalah untuk lebih dekat dengan keluarga kerana kesihatan orang tua memerlukan perhatian terutamanya bapa saya.

“Tambahan pula saya anak sulung dan kami bukan daripada keluarga senang. TSC memahami situasi ini dan TSG pula sudi menerima saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Nur Aiman yang merupakan anak jati Setiu, Terengganu percaya pengalaman bersama TSC dapat membantunya menjadi lebih baik untuk TSG pada musim ini.

Sehubungan itu, dia berkata, fokusnya kini terarah kepada misi untuk meningkatkan prestasi bersama TSG selain meneruskan kejayaan dilakarnya pada musim lalu.

“Saya belum pernah memenangi Jersi Kuning. Jadi, selepas ini ia akan menjadi buruan saya dalam mana-mana siri perlumbaan bersama TSG,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Aiman mendedahkan, kejayaannya meraih gelaran Raja Bukit pada LTdL 2020 telah menarik perhatian pasukan Pro Benua, Androni Giacattoli-Sidermec (ANS) dari Itali.

“Selepas LTdL 2020, ANS meminta saya memperkenalkan diri kepada mereka. Itu satu petanda kelab Eropah mula nampak kemampuan saya.

“Begitupun, semuanya terlalu singkat kerana Covid-19. Apa pun, kini saya mahu beri 100 pe­ratus komitmen kepada TSG dan keluarga,” tambah Aiman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI