fbpx

Hanya boleh beli satu bungkus roti mengikut jenama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norena (dua dari kanan bersama Ismail (kiri) ketika mengadakan lawatan di Pasaraya Mydin, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, hari ini.

MELAKA – Setiap pelanggan di negeri ini hanya dibenarkan membeli sebungkus sahaja roti putih bagi setiap jenama yang dijual di kedai runcit mahupun pasar raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula esok.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, keputusan itu merupakan inisiatif yang diambil bagi memastikan bekalan roti putih mencukupi.

Katanya, had pembelian itu turut disyaratkan kepada barang bekalan makanan lain seperti minyak masak paket, tepung gandum dan gula pasir yang dihadkan hanya dua unit bagi setiap pelanggan.

“Pada PKP sebelum ini, kita telah melihat situasi di mana pengguna telah membeli roti putih serta barangan keperluan harian lain secara panik dan berlebihan menyebabkan stok produk berkenaan habis di pasaran.

“Jadi, kita terpaksa mengehadkan pembelian hanya satu bungkus roti bagi setiap jenama untuk memastikan keperluan makanan ini mencukupi untuk semua orang,” katanya ketika melakukan tinjauan di Pasaraya Mydin, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hadir sama pada lawatan itu Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ismail Othman

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pengguna tidak perlu bimbang mengenai bekalan makanan itu kerana stok roti putih tersebut masih banyak mengikut setiap jenama.

Jelasnya, pengehadan itu juga telah dimaklumkan kepada seluruh peruncit dan pasar raya negeri ini termasuk kedai serbaneka dan stesen-stesen minyak untuk melaksanakannya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI