fbpx

Shukri Yahaya negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shukri Yahaya

PETALING JAYA – Pelakon Shukri Yahaya memaklumkan dirinya negatif Covid-19 susulan ahli keluarganya yang disahkan positif virus tersebut sejak Ahad lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya, Shukri memberitahu ahli keluarga terdekat termasuk kakak sulung, adik perempuan, adik ipar lelaki dan anak saudaranya positif dan ada hadir ke sebuah majlis sambutan ulang tahun hujung minggu lalu.

“Benda ni dari Sabtu hari tu. Kami buat kuarantin sendiri dan swab test (ujian calitan) kelmarin. Semalam saya dapat result (keputusan) yang saya negatif.

“Mungkin Allah bagi negatif sebab untuk saya jaga keluarga saya. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Terima kasih sangat. Alhamdulillah,” ujarnya menerusi beberapa keratan video InstaStory tersebut.

Tambah pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu, dia langsung tiada direct contact (hubungan terus) dengan ahli keluarga tersebut ekoran dirinya yang mempunyai urusan kerja luar pada masa itu.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 33, memberitahu, sebaik sahaja dia mengetahui berita akan kakak sulungnya itu, dia terus ambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI