fbpx

Sampah, sisa pokok burukkan lagi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (duduk) dan Mohd. Shukri (belakang kiri) bersama pokok yang ditanam di projek denai sungai kebangsaan, Sungai Damansara di Management and Science University (MSU) di sini hari ini.

SHAH ALAM – Sistem saliran tersumbat akibat sampah-sarap dan sisa banjir seperti pokok tumbang telah memburukkan lagi situasi banjir di beberapa negeri sehingga kini.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Ir. Zaini Ujang berkata, perkara itu menyebabkan pengaliran air terbatas seterusnya menyebabkan ada kawasan terus digenangi walaupun air telah surut (banjir termenung).

Katanya, kerjasama masyarakat amat diperlukan agar tidak membuang khususnya sampah sarap ke dalam longkang atau laluan anak sungai yang yang akan menyukarkan air surut apabila berlakunya banjir.

“Semasa banjir banyak sampah-sampah, pokok tumbang tersangkut di longkang dan sistem saliran lain yang menyebabkan air sukar untuk keluar daripada kawasan tersebut.

“Ini merupakan antara faktor utama banjir terus berlaku di negeri-negeri terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas projek denai sungai kebangsaan, Sungai Damansara di Management and Science University (MSU) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MSU, Prof. Tan Sri Mohd. Shukri Ab. Yajid.

Kosmo! hari ini melaporkan keadaan banjir di Pahang dan Terengganu tiada tanda-tanda surut malah semakin buruk apabila bilangan mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat secara mendadak semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI