fbpx

Naik taraf jalan utama di Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan utama di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang, Johor perlu dinaik taraf dan dibaiki berikutan banyak jalan berlubang mengundang bahaya kepada pengguna.

PASIR GUDANG – Kerajaan negeri diminta untuk menaik taraf jalan utama di Pasir Gudang bagi menyelesaikan isu jalan berlubang yang kerap berlaku sejak beberapa tahun yang lalu.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Noor Azleen Ambros berkata, isu jalan berlubang ini bagaikan tiada kesudahan dan pihak MBPG menerima lebih 200 aduan berkenaannya pada tahun lalu.

Oleh itu katanya, kerajaan negeri disarankan untuk mempertimbangkan membina jalan raya berasaskan konkrit dan simen agar ia lebih berdaya maju bagi pelan jangka panjang terutamanya di kawasan berisiko.

“Perkara itu perlu dipertimbangkan memandangkan Pasir Gudang merupakan kawasan industri yang menyaksikan penggunaan kenderaan berat amat tinggi saban hari.

“Pembinaan jalan tar yang menggunakan batu asphalt dan bitumen bagi kawasan perindustrian seperti ini dilihat tidak sesuai dan mudah rosak menyebabkan kerja penyelenggaraan menelan kos yang tinggi,” katanya di sini tadi.

Jelasnya, kerajaan disaran melihat terlebih dahulu daya maju penggunaan teknologi konkrit dan simen bagi tujuan penggunaan jalan.

“Kosnya Mahal tapi boleh tahan dalam tempoh yang panjang dan ia bebas daripada kos penyelenggaraan,” ujarnya. -K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI