fbpx

Johor Port catat pengendalian satu juta TEU kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC, mengakhiri tahun 2020 dengan catatan tinggi melepasi pengendalian satu juta TEU kontena walaupun berdepan dengan persekitaran mencabar pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md. Derick Basir berkata, pada suku pertama tahun lalu, Johor Port mencatat prestasi luar biasa dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak enam peratus.

“Penularan pandemik telah mempengaruhi perniagaan pelabuhan selama tiga bulan berturut-turut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Md. Derick menjelaskan, namun dengan pembukaan semula industri pada Mei lalu, jumlah kendalian eksport mendapat rentaknya kembali apabila pengilang meningkatkan pengeluaran mereka untuk memenuhi pesanan pra-Perintah Kawalan Pergerakan.

“Johor Port juga berjaya mendapatkan empat perkhidmatan baharu terutamanya ke rantau Asia.

“Terminal juga berjaya menarik syarikat perkapalan untuk menambah perkhidmatan baharu bagi memenuhi muatan jarak pendek mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI