fbpx

Tiada sidang media Mesyuarat MPT Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hasil Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu hari ini.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, mesyuarat di Menara Yayasan Selangor di sini tersebut berlangsung dalam keadaan baik.

“Kena tunggu akan keluar kenyataan rasmi esok (hari ini). Allhamdulillah mesyuarat berjalan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu selesai kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan turut memaklumkan kepada pemberita bahawa kenyataan media akan hanya dikeluarkan pada pagi ini.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor pada pukul 8.25 malam tadi bagi mempengerusikan Mesyuarat MPT Bersatu.

Turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zuraida Kamarudin dan Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Erniyati Samsudin.

Mesyuarat malam tadi dipercayai bagi membincangkan mengenai usul majoriti Bahagian UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI