fbpx

Mangsa banjir Perak terus catat penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majidah Rusyda Abu Bakar (kanan) membersihkan kedai runcit miliknya yang terjejas selepas banjir di Kampung Chikus surut. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Bilangan mangsa banjir di Perak petang ini terus mencatatkan penurunan apabila kini hanya 359 orang daripada 100 keluarga di tiga pusat pemindahan sementara berbanding 450 orang pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, mangsa banjir di Hilir Perak kini tinggal 343 orang yang masih berada di dua PPS iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (230) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Langkap melibatkan 113 mangsa.

“Di Hulu Perak, seramai 16 mangsa masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Perah manakala banjir di daerah Kampar pula telah pulih sepenuhnya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI