fbpx

Pembantu Tadbir Jabatan Perkhidmatan Veterinar didenda RM4,000 kerana rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembantu Tadbir Jabatan Perkhidmatan Veterinar didenda RM4,000 kerana rasuah.

ALOR SETAR – Seorang Pembantu Tadbir Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM1,000, lima tahun lalu.

Hakim Murtazadi Amran menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Husaini Hamid, 54, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Murtazadi turut memerintahkan Husaini dipenjara setahun jika dia gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh membayar jumlah denda dikenakan.

Mengikut kertas pertuduhan, Husaini menerima wang tunai RM1,000 daripada seorang lelaki berusia 44 tahun dengan tiada balasan yang mana tertuduh mengetahui lelaki terbabit mempunyai perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Kedai Makan Din Limbong di Jalan Datuk Kumbar di sini kira-kira pukul 1.15 petang, 24 Mei 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sew Ping sementara tertuduh tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI