fbpx

Gadis Bond, Tanya Roberts belum mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanya Roberts masih hidup namun berada dalam keadaan kritikal. - BBC

LOS ANGELES – Aktres Hollywood, Tanya Toberts yang dilaporkan meninggal dunia kelmarin sebenarnya masih hidup, menurut laporan Badan Penyiaran British (BBC), hari ini.

Kesilapan pengumuman kematian Roberts, 65, yang terkenal sebagai Gadis Bond dalam filem A View To Kill di samping Roger Moore dibuat oleh pengurusnya, Mike Pingel.

Pingel berkata dia tersilap mengumumkan kematian Roberts kepada media berdasarkan maklumat yang diterima daripada teman lelaki pelakon itu, Lance O’Brien.

“Saya menerima satu panggilan daripada Pusat Perubatan Cedars-Sinai semalam yang mengesahkan Tanya masih hidup.

“Namun dia kini diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam keadaan kritikal,” katanya kepada BBC.

Roberts dikatakan rebah ketika keluar bersiar-siar dengan anjingnya, Ahad lalu dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI