fbpx

[VIDEO] Banjir: 13 jalan di Kota Tinggi ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air banjir di Kota Tinggi, Johor semakin naik sehingga menyebabkan 13 jalan utama di daerah ini ditutup. Foto RAJA JAAFAR ALI

KOTA TINGGI – Sebanyak 13 jalan utama daerah ini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan ekoran dinaiki air antara 0.5 hingga 1.2 meter (m).

JKR Johor dalam satu kenyataan berkata, semua 13 laluan itu ditutup mulai pukul 9 pagi tadi.

Dalam kenyataan itu memberitahu, laluan yang terjejas termasuklah Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran kubu berikutan dinaiki air setinggi satu meter, Jalan Kota Tinggi-Mersing Batu 16 (0.8m) dan Jalan Kota Tinggi-Mersing di RISDA (0.85m).

“Turut ditutup sepenuhnya adalah Jalan Kota Tinggi-Kluang di Arked Mara (0.7m), Jalan Lok Heng/Mawai/Sungai Mas di Jambatan Sungai Semalok (1m), Jalan Tai Hong (0.7m) dan Jalan Tai Hong berhampiran kampung (1.1m).

“Turut ditutup adalah Jalan Tun Sri Lanang (0.9m), Jalan Semanggar di Jambatan Bandar Kota Tinggi (1.2m), Jalan Mawai Lama (0.6m), Jalan Kampung Kelantan/Kampung Panti (0.6m) dan dua laluan di Jalan Sungai Telor (1.7m dan 1.2m),” kata kenyataan itu.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, seramai 2029 mangsa daripada 514 keluarga terjejas bencana banjir yang memasuki hari keempat di daerah ini.

Kesemua mangsa banjir yang terjejas dipindahkan ke 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat ini.

Dianggarkan sebanyak 48 buah kampung di daerah ini terjejas bencana banjir.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI