fbpx

Mawar Rashid selamat bersalin bayi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto bayi comel mereka yang dimuat naik dalam Instagram Raf Yaakob semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Mawar Rashid selamat menimang cahaya mata perempuan yang juga anak keduanya di sebuah perubatan di ibu negara pada pukul 5.45 pagi semalam.

Berita gembira itu dikongsi suaminya yang juga pelakon, Raf Yaakob dalam satu hantaran Instagram yang turut mendedahkan nama bayi tersebut iaitu Raden Seri Rosabella Cinta.

“Syukur Alhamdulillah. Bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Ibu okey, bayi pun okey.

“Bayi selamat dilahirkan secara normal. Saya sangat bangga dengan awak, Mawar,” tulis Raf dalam entri tersebut.

Menerusi perkongsian itu, Raf turut berkongsi akaun Instagram khas anak keduanya sebagai ruang untuk berkongsi memori.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI