fbpx

Hidup saya sekarang macam gelas kosong – Mawar Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAWAR kini berlapang dada dengan kehidupannya sebagai seorang janda. - AFIQ RAZALI.

PETALING JAYA – Pelakon Mawar Rashid menyifatkan kehidupannya ibarat ‘gelas kosong’ selepas sah bercerai dengan bekas suami, Raf Yaakob.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, menganggap perceraian adalah satu perjalanan baharu dalam kehidupan bersama anak-anaknya.

“Ini adalah fasa baharu dalam hidup saya dan ini adalah diri saya yang baharu.

“Semuanya mula semula dan saya anggap diri saya seperti gelas kosong,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2, hari ini.

Ditanya mengenai punca perceraian yang berlaku antara mereka, Mawar tetap mengunci mulut demi menjaga aib keluarga.

“Saya berpegang kepada prinsip untuk tidak berkongsi isu peribadi pada umum sebab saya ada anak-anak. Nanti mereka besar, akan baca perkara yang tak sepatutnya.

“Saya juga menghormati pihak yang terlibat. Namun, apa yang boleh saya cakap, saya gembira dan bersyukur dengan peluang yang saya terima sekarang,” ujarnya.

Dalam masa sama, bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu memaklumkan keadaannya baik-baik sahaja, selain masalah mental pun sudah beransur pulih.

“Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik, tiada lagi serangan panik. Walaupun ada beberapa dugaan besar dalam hidup saya, saya kini lebih gembira,” jelasnya lagi.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan mengumumkan perpisahan mereka menerusi Instagram pada 23 November lalu.

Adik kepada cef selebriti Fazley Yaakob itu turut menegaskan perceraian dengan bekas isteri bukan disebabkan kehadiran orang ketiga.

Hasil perkahwinan, pasangan terbabir dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI