fbpx

UMNO hanya bekerjasama dengan Pas pada PRU-15 – Tajuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pimpinan UMNO Bahagian Pasir Salak bergambar sebelum memulakan mesyuarat hari ini.

PASIR SALAK – UMNO hanya akan bekerjasama dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tanpa membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, dasar itu adalah selaras dengan kerjasama yang termeterai melalui ikrar Maufakat Nasional (MN) pada 2019 dan apa yang diikrarkan ketika pertama kali UMNO dan Pas bersama pada 2018 sebelum MN dibentuk.

“Kita sebagai rakan sekutu (UMNO dan Pas) tidak akan bertembung dan akan bekerjasama dalam pilihan raya.

“Saya beri pengakuan UMNO akan tetap setia dengan Pas, setia dengan perjanjian kerjasama yang ditandatangan dan ditetapkan, saya harap dan menyeru Pas supaya sama-sama berpegang kepada ikrar dan janji supaya senang kita bekerja.

“Kita yakin dan percaya mengikut apa yang dibuat sebelum ini iaitu kerjasama Pas dan UMNO akan berikan kemenangan yang besar kepada kita dan boleh bentuk kerajaan yang baharu (selepas PRU15),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak di Pekan Rabu Chenderong Balai dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dan Ketua UMNO bahagian itu berkata, pendirian itu jelas atas semangat MN malah turut mengingatkan pemimpian Pas bahawa janji untuk bekerjasama itu mesti ditepati.

Ditanya mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah yang mahu UMNO, Pas dan PPBM perlu bersama kerana tidak mampu menghadapi PRU15 secara bersendirian, Tajuddin berkata beliau menghormati pandangan Naib Preisiden Pas itu.

Katanya, jika Mohd Amar hendak bekerjasama dengan PPBM itu terpulang tetapi di pihak UMNO lebih dua pertiga daripada UMNO Bahagian sudah membuat pendirian tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan PPBM pada PRU15.

Tajuddin turut mengingatkan Pas supaya mencari jalan keluar atas tindakan yang sudah dilakukan parti itu dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) tanpa memaklumkan UMNO yang sudah bekerjasama dengan Pas dalam MN.

“Saya nak ingatkan kepada pemimpin Pas apa hukum berjanji. Janji mesti ditunaikan. Mereka sertai PN bersama PPBM tanpa persetujuan kita, sekarang meraka (Pas) dah terikat dalam begitu rupa dan menimbulkan kesulitan,” katanya.

Katanya, UMNO hanya menyokong kerajaan PN melalui kerjasama Ahli Parlimen BN yang mahukan pembentukan kerajaan baharu tetapi tidak menyertai kerjasama politik dalam PN.

Beliau berkata, Pas perlu mencari jalan keluar daripada masalah itu.

“Janji ikrar pada masa itu (sebelum pembentukan MN) kita berdua akan membentuk satu kerjasama politik menghadapi musuh politik termasuk Bersatu (PPBM) pada masa itu, sebelum terbentuknya Perikatan Nasional,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI