fbpx

48 individu leka berhibur diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pengunjung yang ditahan ketika sedang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun H.S. Lee semalam.

PETALING JAYA – Keseronokan sekumpulan individu berhibur pada malam tahun baru di sebuah pusat hiburan di ibu kota berakhir selepas premis tersebut diserbu pihak berkuasa semalam.

Serbuan di premis yang terletak di Jalan Tun H.S. Lee itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, ketika serbuan seramai 48 orang pengunjung yang berada di dalam premis tersebut telah diperiksa.

Katanya, kesemua mereka terdiri daripada 17 orang warga tempatan dan 31 warga asing berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun.

“Kita telah mengambil tindakan ke atas pengunjung di bawah peruntukan undang-undang iaitu seramai 17 orang warga tempatan dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.9) 2020.

“Manakala, 31 orang warganegara asing ditahan di bawah Sekyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1) (l) akta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, semakan ke atas lesen hiburan mendapati premis berkenaan mempunyai lesen hiburan yang sah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tambah beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada orang ramai, warganegara asing dan pengusaha pusat hiburan supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perlanggaran PKPB boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI