fbpx

Pasangan remaja tipu sudah berkahwin ketika ditangkap khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan kekasih ditangkap khalwat di sebuah hotel di Alor Setar awal pagi ini.

ALOR SETAR – Pasangan remaja yang ditangkap khalwat di sebuah bilik hotel di Jalan Gangsa di sini awal pagi ini cuba menipu dengan mendakwa telah berkahwin tiga tahun lalu.

Pasangan kekasih berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) kira-kira pukul 1.15 pagi selepas menerima aduan orang awam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JHEAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, dua remaja terbabit pada mulanya enggan membuka pintu, namun terpaksa berbuat demikian selepas diberi amaran kira-kira 10 minit kemudian.

“Pemeriksaan di bilik itu menemui remaja lelaki dan perempuan masing-masing berusia 19 dan 20 tahun yang berpakaian lengkap.

“Mereka cuba menipu dengan menyatakan sudah berkahwin pada tahun 2017, namun siasatan lanjut mendapati mereka gagal membuktikan sebarang dokumen berkaitan perkahwinan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, siasatan juga mendapati pasangan berkenaan tidak bekerja dan remaja perempuan yang menetap di Sik dekat sini datang ke Alor Setar untuk menemui teman lelakinya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki khalwat yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI