fbpx

Jumlah penumpang bas ekspres di Kelantan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanif Yusabra (kiri) memeriksa lesen memandu sewaktu menjalankan Ops Bersepadu Khas Ambang Tahun Baru 2021 di hadapan Akademi JPJ Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekodkan peningkatan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tahun lalu.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusof berkata, dianggarkan seramai 71,850 orang penumpang menaiki bas ekspres dari Kelantan ke negeri lain ketika PKPP yang mula dilaksanakan pada bulan Jun lalu.

Katanya, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum itu, hanya seramai 19,500 orang penumpang bas ekspres di negeri ini dicatatkan.

“Peningkatan itu dianggarkan sebanyak 57.3 peratus ketika pelaksanaan PKPP baru-baru ini.

“Ini kerana, perkhidmatan bas berjalan sudah seperti biasa selain pergerakan bas keluar dan masuk ke Kelantan antara 30 hingga 32 perjalanan dalam sehari,” katanya ketika menjalankan Ops Bersepadu Khas Ambang Tahun Baru 2021 di hadapan Akademi JPJ di sini semalam.

Pada operasi itu, seramai 70 pegawai dan anggota yang terlibat daripada pelbagai agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar.

JPJ telah memeriksa sebanyak 1,214 kenderaan dan telah mengeluarkan 211 saman melibatkan pelbagai kesalahan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI