fbpx
Dua cincin yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki berjaya dipotong oleh anggota bomba di HSB hari ini.

Dua cincin tersangkut kemaluan lelaki 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Tahun baharu 2021 bermula agak ‘mencabar’ bagi seorang lelaki apabila dua cincin tersangkut pada kemaluannya sekali gus menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini awal pagi ini.

Usaha mengeluarkan dua bentuk cincin daripada kemaluan lelaki berusia 38 tahun dari Alor Setar itu gagal sebelum khidmat bomba dipanggil kira-kira pukul 4.07 pagi untuk bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah berkata, anggotanya seramai empat orang tiba di HSB pada pukul 4.12 pagi ini.

“Sebaik tiba di hospital kita mendapati terdapat dua cincin tersangkut pada bahagian atas dan bawah kemaluan lelaki berkenaan yang sudah berkahwin,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN