fbpx

Yang terhangat K-pop 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah-wajah yang menjadi perbualan hangat peminat dunia K-pop.

DI sebalik impak pandemik Covid-19, dunia hiburan K-pop tetap hangat dengan pelbagai isu panas sepanjang tahun. Berikut Kosmo! menyenaraikan beberapa berita terhangat K-pop yang telah mewarnai kalendar 2020.

CHEN

Chen kahwin, peminat bengang

Berita perkahwinan anggota kumpulan EXO, Chen pada Januari lalu benar-benar mengejutkan peminat. Dia juga mendedahkan bakal bergelar bapa apabila kekasihnya sedang hamil anak mereka. Berita berkenaan ternyata mengundang respons tidak puas hati khalayak yang menggelarkan dirinya pengkhianat. Chen sudahpun menimang cahaya mata pada April lalu.

LISA

Lisa ditipu pengurus

Nasib malang menimpa penyanyi popular Lisa Blackpink apabila dia ditipu pengurus sendiri sehingga mengalami kerugian sebanyak satu bilion won (RM3.5 juta). Difahamkan, wang tersebut digunakan pengurus Lisa untuk berjudi.

IRENE

Perangai biadab Irene

Oktober lalu, peminat dikejutkan dengan pendedahan seorang jurugaya yang mendakwa menjadi mangsa perangai biadab penyanyi Irene Red Velvet. Wanita itu mendakwa dimarahi dengan kata-kata kesat oleh Irene sewaktu menjalankan sesi fotografi. Selepas berita berkenaan tular, Irene tampil membuat permohonan maaf tetapi ada yang berpendapat tindakannya tidak ikhlas.

CHA EUNWOO (atas, kiri), JAEHYUN (atas, kanan), MINGYU (bawah, kiri), JUNGKOOK (bawah, kanan).

Empat jejaka tampan langgar SOP

NAMA Jungkook BTS, Cha Eunwoo ASTRO, Jaehyun NCT dan Mingyu SEVENTEEN menjadi bualan hangat selepas mereka berkunjung ke lokasi yang mempunyai kes positif Covid-19. Mereka juga melanggar arahan kerajaan untuk mengamalkan penjarakan fizikal ketika pandemik Covid-19 masih membimbangkan ketika itu.

JIMIN (kiri), MINA.

Kes buli Jimin-Mina AOA

Sekitar Julai, penyanyi Mina mendedahkan dirinya menjadi mangsa buli oleh anggota kumpulannya sendiri iaitu Shin Jimin. Lebih mengejutkan, Mina mendakwa telah hampir 10 tahun dibuli Jimin sehingga mendatangkan masalah depresi. Tambah parah, Mina juga pernah beberapa kali cuba membunuh diri. Jimin bagaimanapun mengundur diri daripada AOA selepas kontroversi tersebut tular.

PARK JI-SUN

Park Ji-sun, ibu mati bersama

Pelawak terkenal Park Ji-sun ditemui mati bersama ibunya pada 2 November lalu di kediamannya. Polis memaklumkan kemungkinan Ji-sun yang sedang menjalani rawatan berkaitan masalah mental membunuh diri.

Kematian Oh In-hye

OH IN-HYE

Pelakon Oh In-hye meninggal dunia dipercayai membunuh diri di kediamannya. Dia ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang kenalannya sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan. Bagaimanapun, polis turut menemui kesan lebam pada mayat In-hye

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI