fbpx

Rugi RM3,000 ditipu ‘pembeli’ keropok lekor online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang guru muzik persendirian yang juga penjual keropok lekor secara online di Butterworth di sini kerugian wang sebanyak RM3,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan oleh sindiket Jumaat lalu.

Mangsa wanita berusia 20-an dipercayai menjadi mangsa selepas dihubungi melalui laman sosial Facebook oleh individu yang mendakwa perempuan bernama Mia Hoon dari Rusia.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, individu tersebut menyatakan hasrat untuk membeli keropok lekor yang dijual mangsa.

“Mia Hoon mahu membeli keropok lekor berharga RM130 dan mahu membayar melalui sebuah bank dari luar negara.

“Mangsa kemudiannya telah menerima emel daripada pembeli itu yang memberitahu dia membuat lebihan bayaran iaitu RM1,130 kerana masalah perbankan dan meminta mangsa memulangkan semula RM1,000,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa turut diminta membuat bayaran kedua untuk proses kelulusan pihak bank dan suspek berjanji bahawa mangsa akan mendapat semula wangnya.

“Selepas menjelaskan bayaran, suspek masih meminta untuk membuat bayaran lain sebelum menyedari dia ditipu selepas telah menyerahkan wang berjumlah RM3,000.

“Polis tidak menolak kemungkinan perempuan yang dikatakan dari Rusia itu merupakan ahli sindiket pembelian online yang tidak wujud berdasar modus operandi digunakan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI