fbpx

Auta pelaburan bitcoin dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barang rampasan yang dirampas polis susulan tangkapan tujuh individu terlibat penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian, Khamis lalu.

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seramai tujuh individu termasuk dua wanita yang disyaki terbabit dalam kes penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian ketika serbuan di Taman Abad, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Fadzli Mohd. Zain berkata, dalam serbuan pada pukul 5.30 petang itu, mereka yang ditahan termasuk lelaki warganegara China berusia lingkungan 17 hingga 25 tahun.

Katanya kesemua tangkapan disyaki terlibat dalam pelaburan yang tidak wujud dalam talian dan menerima gaji sebanyak RM3,000 sebulan dan komisyen lima peratus daripada hasil penipuan.

“Terdapat satu laman sesawang yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam aktiviti pelaburan bitcoin tidak wujud.

“Suspek berperanan mencari mangsa di media sosial dengan memulakan perbualan sebagai kawan sehingga mendapat kepercayaan daripada mangsa dan seterusnya mendorong mangsa untuk melabur dalam bitcoin.

“Mangsa juga dikehendaki mendaftar semasa menyertai pelaburan tersebut bagi mendapatkan kata nama dan kata laluan. Mangsa yang menyertai pelaburan ini juga dikehendaki untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank yang dipercayai dikawal dari negara China,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Padzli, semakan rekod jenayah mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod kes jenayah.

Katanya, dalam serbuan tersebut, polis turut merampas sebuah laptop jenama Dell dan 25 telefon bimbit pelbagai jenama yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk melakukan kegiatan penipuan pelaburan bitcoin.

“Kesemua suspek warga tempatan ditahan reman selama tiga hari manakala seorang suspek warga China ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sekiranya ditawarkan untuk sertai sebarang pelaburan. Masyarakat diingatkan sebelum menyertai sebarang pelaburan, pastikan pelaburan adalah wujud dan berdaftar dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI