fbpx

Bandar Nashville dibom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR bomba Nashville menunjukkan kerosakan akibat letupan kuat di bandar itu pada Hari Krismas semalam. - AFP

WASHINGTON – Satu letupan kuat menggegarkan sebuah kawasan di pusat bandar Nashville awal kelmarin selepas polis menemui sebuah karavan atau motorhome

yang mengeluarkan amaran bahawa kenderaan tersebut membawa bom

Semasa kejadian, polis keluar melakukan siasatan setelah menerima aduan berhubung kes tembakan.

Letupan kuat itu mengakibatkan tingkap-tingkap pecah dan pokok musnah manakala sebilangan mangsa turut cedera.

Bom tersebut diletupkan pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) di sebuah kawasan di Nashville, selatan Amerika Syarikat yang kosong semasa awal pagi dan cuti Hari Krismas.

Ketua polis tempatan, John Drake memberitahu pemberita, tiada kemalangan jiwa disahkan setakat semalam tetapi pihak berkuasa sedang memeriksa tisu yang ditemui di lokasi letupan dan dipercayai berasal daripada cebisan mayat manusia.

Drake berkata, Nashville merupakan hab muzik irama country di AS dan bandar itu tidak menerima sebarang ancaman.

“Motif serangan tidak diketahui,” katanya.

Letupan kuat itu boleh dirasai dalam jarak beberapa kilometer dan menyebabkan berpuluh-puluh premis perniagaan rosak. Sebuah bangunan di lokasi itu yang menempatkan bar serta restoran turut runtuh.

Terdahulu, polis bergegas ke lokasi itu selepas menerima laporan kejadian tembakan dan menyedari karavan tersebut setiba mereka di lokasi.

Rakaman mesej menggunakan suara wanita dari karavan itu memberi amaran bahawa bom akan meletup dalam masa 15 minit.

“Masa itu mencukupi untuk unit pemusnah bom mengosongkan kawasan sekitar sebelum letupan berlaku,” kata Drake dan jurucakap polis, Don Aaron kepada pemberita kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, Lapangan Terbang Antarabangsa Nashville menggumumkan pihaknya menangguhkan penerbangan berikutan keroakan sistem telekomunikasi selepas letupan berlaku.

Kedua-dua Presiden Donald Trump dan bakal Presiden, Joe Biden diberi taklimat tentang serangan itu yang masih disiasat oleh Biro Siasatan Persekutuan dan Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan.

“Ini nampaknya perbuatan disengajakan. Pasukan keselamatan menutup jalan-jalan ke pusat bandar sementara siasatan diteruskan,” kata Jabatan Polis Metro Nashville dalam mesej di Twitter.

Sementara itu, jabatan bomba menyatakan bahawa sekurang-kurangnya tiga orang dibawa ke hospital kerana cedera ringan, demikian menurut media tempatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI