fbpx

‘Gaza makin hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - AFP

PETALING JAYA – Keadaan di Gaza sudah nazak seakan seperti semakin hilang dari pandangan apabila lebih separuh daripada kawasan itu musnah akibat serangan tentera Israel dari pelbagai sudut sejak konflik berlaku 7 Oktober lalu.

Seorang wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq mengakui, tiada lagi tempat selamat yang boleh dijadikan kawasan berlindung buat rakyat Palestin di Gaza ketika ini.

Katanya, penduduk di sana terus diancam nyawa mereka setiap saat, keadaan semakin genting dan segala kemudahan telah terputus sejak sekian lama.

“Gaza kehabisan makanan, air, bekalan elektrik dan segala keperluan asas.

“Tiada tempat selamat di Gaza,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik awal pagi tadi.

Hani merupakan antara wartawan Palestin yang masih bertahan selama lebih 40 hari Gaza diserang.

Beliau sentiasa berkongsi perkembangan terkini dengan memuat naik video serta gambar memaparkan situasi dan keadaan warga Palestin yang syahid mahupun megalami penderitaan disebabkan kematian ahli keluarga tersayang.

Terdahulu, sebanyak 265,000 unit rumah telah musnah di Gaza dalam tempoh 40 hari akibat perang Israel di kawasan Semenanjung itu.

Menerusi laporan yang dikeluarkan pihak media kerajaan Gaza, jumlah tersebut meliputi 223,000 kediaman separa musnah, manakala 42,000 lagi musnah sepenuhnya dan tidak sesuai untuk dihuni selepas ia dibom rejim Zionis.

Media tempatan sebelum ini turut melaporkan seramai 41 wartawan terkorban dalam perang Israel-Palestin dan daripada jumlah berkenaan 36 adalah wartawan Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI