fbpx

Tottenham, United berebut Milenkovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILENKOVIC memiliki fizikal yang sesuai untuk memantapkan benteng pertahanan menyebabkan United dan Spurs bersedia untuk mengikat khidmatnya. – AFP

LONDON – Manchester United dan Totteham Hostpur dilaporkan sedia bersaing untuk mendapatkan pemain pertahanan Fiorentina, Nikola Milenkovic.

Kedua-dua pasukan dilaporkan perlu me­mantapkan bahagian pertahanan menyebabkan mereka perlu mendapatkan pemain pertahanan baharu pada jendela perpindahan Januari ini.

Pemain antarabangsa Serbia ini dilihat antara calon yang sesuai untuk menambah kekuatan di bentang pertahanan pa­sukan masing-masing kerana memiliki kekuatan fizikal yang mantap.

Milenkovic dinilai pada harga sekitar £23 juta (RM125.35 juta) oleh Fiorentina dan akhbar di Itali melaporkan bahawa pemain itu kini menjadi buruan banyak kelab gergasi Eropah.

Pemain berusia 23 tahun itu memiliki 26 kap bersama skuad antarabangsa Serbia selain menjadi nadi penting Fiorentina termasuk ketika menewaskan Juventus 3-0 kelmarin.

United terdesak untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah sejak jendela perpindahan lalu, namun gagal mendapatkannya.

Pengurus mereka, Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan mahu mendapatkan pemain yang akan bergandingan bersama Harry Maguire selepas beberapa aksi kurang meyakinkan dipamer oleh Victor Lindelof.

Sementara itu, pengendali Spurs, Jose Mourinho pula dilaporkan mahu melepaskan k­hidmat bek tengahnya, Davinson Sanchez yang gagal mendapat kepercayaannya.
Milinkovic dilihat calon sesuai untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI