fbpx

Richworks bimbing usahawan jana hasil lebih RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan (kanan) menyerahkan replika cek sumbangan Tabung Kebajikan RichWell kepada Naib Presiden II Mercy Malaysia, Raja Datin Riza Shazmin Raja Badrul Shah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Richworks International Sdn. Bhd. (Richworks) telah berjaya membim­bing seramai 1.1 juta usahawan sejak tahun 2008 melalui Program Mentoring Spire & Titanium.

Pengasas, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, daripada jumlah tersebut, 777 usahawan terdiri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Menurutnya, nilai jualan yang dicatat oleh kumpulan usahawan berkenaan pada tahun ini adalah lebih daripada RM2 bilion.

“Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda dunia, nilai jualan daripada PKS menyaksikan peningkatan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Azizan menjelaskan, Program Mentoring Spire yang berlangsung selama 12 bulan ini adalah program bimbingan usahawan untuk membantu mereka mencapai jualan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga satu tahun.

Berdasarkan rekod, seramai 207 usahawan yang telah men­yertai program berkenaan sudah pun mencatat jualan sebanyak RM1 juta sejak program dimulakan pada November 2018 hingga kini.

“Bagi Program Mentoring Titanium pula, ia mencatatkan kenaikan sebanyak sembilan peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bi­lion pada tahun 2019,” jelasnya.

Selain itu, sejak pandemik Covid-19, RichWorks telah berjaya membimbing lebih 400,000 usahawan dengan penganjuran program keusahawanan virtual online mengikut norma baharu.

Usahawan ini dibimbing untuk menyelamatkan perniagaan yang terjejas dan juga bagi mereka yang baru mula berniaga ekoran kehilangan pekerjaan.

Sementara itu, Azizan me­nerangkan, syarikat telah membangunkan platform Bina Bisnes Berjaya yang akan membantu usahawan mengikut empat tahap berbeza iaitu new business, start up, growing dan expansion untuk membina bisnes yang berjaya.

“Bagi persiapan untuk berdepan tahun baharu 2021, kami akan mengadakan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 – Formula Zero Kos Marketing secara percuma dan ditaja sepenuhnya oleh Richworks.

“Program ini bersesuaian untuk usahawan atau bakal usahawan bangkit dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk tahun 2021 dengan lebih luar biasa,” terangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI