fbpx

Lelaki rakam 1,000 video bawah skirt wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pathompong didakwa merekod 1,000 video dan memuat naik ke laman sosial Facebook. - THE NATION THAILAND

BANGKOK – Polis menahan seorang lelaki yang didakwa gemar merakam video bawah skirt pelajar wanita secara sembunyi di beberapa buah sekolah serta universiti sekitar Bangkok baru-baru ini, lapor laman berita The Nation Thailand.

Menurut polis, lelaki berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Pathompong itu didakwa merekod kira-kira 1,000 buah video pada 14 hingga 16 Disember lalu sebelum memuat naik ke laman sosial Facebook.

Koleksi video yang memperoleh lebih 10,000 tontonan itu turut mencetuskan perbualan dalam kalangan netizen untuk mengetahui cara merakam video bawah skirt wanita secara rahsia.

Selain itu, Pathompong mendakwa dia melakukan perbuatan tersebut kerana trauma dibuli wanita sejak kecil dan mempunyai sejarah masalah sakit mental.

Polis berkata, Pathompong akan dihadapkan ke mahkamah dengan beberapa tuduhan termasuk mencabul gadis bawah umur, menyiarkan kandungan lucah, menyebabkan gangguan dan melanggar Akta Jenayah Komputer Thailand. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI